Monday, March 10, 2008

Forum: “KE MANA MALAYSIA? ANALISA KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM KE-12”

Posted by Chee Seong March 6, 2008

Pilihanraya Umum Ke-12 merupakan satu ujian yang penting bagi semua pemimpin politik negara kita. Apakah mesej yang dibawa dalam keputusan pilihanraya ini? Apakah makna kemenangan di dalam pilihanraya kepada Barisan Nasional, KeADILan, PAS dan DAP? Siapakah yang paling manfaat daripada pilihanraya? Ke mana Malaysia selepas Pilihanraya Umum Ke-12 ini?

Semua ini akan diperbincangkan dalam forum ini. Tiga panelis yang terkenal berikut dijemput untuk memberi pandangan mereka.

Panelis 1: Datuk Kadir Jasin
Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd. Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP Bhd. Beliau juga menulis satu blog popular yang bertajuk “The Scribe A Kadir Jasin

Panelis 2: Datuk Dr. Toh Kin Woon
Pengerusi Socio-Economic and Environmental Research Institute (SERI) dan bekas Ahli EXCO Kerajaan Pulau Pinang

Panelis 3: Mr Ibrahim Suffian
Pengarah Merdeka Centre, satu firma penyelidikan pendapat yang popular.

Maklumat berkenaan dengan forum adalah seperti berikut:

Tarikh: 12 Mac 2008 (Rabu)
Masa: 8.00pm – 10.30pm
Tempat: MCPA, Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (map)
Bahasa: Bahasa Malaysia
Penganjur: Strategic Information Research & Development Centre (SIRD)

Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian adalah dialu-alukan. Sebarang pertanyaan sila menghubungi Project Coordinator di SIRD, Lee Khai Loon (kllee78@gmail.com) at DL: 77831164 or mobile: 013-3970519. Project Assistant, Chua Yee Ling (yling1983@gmail.com) or mobile: 012-7355025
(SIRD is an independent publishing and research centre. In the past few years, we have organized various talks and seminars on topics ranging from socio-cultural to political issues.)

**Thanks to Karen for the info.

No comments: